Rabu, 4 Jun 2014

pertemuan itu....

"LA TAHZAN........"
Jika Allah menghendaki dua hati untuk dipertemukan.
Maka Dia tak hanya akan menggerakkan hati salah satu dari keduanya.
Akan tetapi Dia akan menggerakkan hati keduanya untuk segera dipersatukan dalam sebuah jalinan kasih yang diridhai_Nya.
Ketahuilah..
Hanya Allah yang paling Tahu bila waktu yang tepat dan dengan siapa seorang hamba akan dipertemukan.
Sesungguhnya Dia_lah Perancang



Terbaik bagi semua makhluk_Nya.

kenapa

Melalui hari-hari dgn penuh tanda tanya.....

Khabar berita nya?? hmm.....masih kah ada harapan?

Masih terbayang-bayang saat itu....izinkan saya menyimpan kenangan itu dlm lipatan memori ini....kenapa masih dia yg aku harapkn?

Dalam doa tak henti menyebut nama dia....Ya Allah berikan aku jawapan...berikan aku petunjukMu...

Bagaimana untuk aku menyatakan agar dia faham apa yg aku rasa....

Tapi......

Bagaimana untuk aku ketahui apa yg dia rasa?? arggghhhhh!!! susah nya nk menelah apa yg ada dlm hati dia. 

Hari ini.....tetap seperti semlm....berdoa tanpa jemu. kerana aku tau kekuatan kita sebagai muslim hanya lah pada DOA....ya aku akan terus berdoa dan terus berdoa....sampai masanya Allah akan berikan jawapan yg aku nantikan....

Wahai RA...siapakah yg menggerakkan hatimu untuk menghubungi aku semula??
Siapakah yang mengaturkan pertemuan kita??
Siapakah yang menyusun pertemuan kita??

sukar nya menelah hatimu ....
yakin pada gerak hati...yakin pada yg aku dapat rasakan

kenapa dia yang menjadi imamku didalam mimpi??
jawapannya...????

Ya Allah yakinkan aku dengan ketentuanMu...yakinkan aku dengan jawapanMu...yakinkan aku dengan petunjukMu....

Sampaikan rindu ini kepada dia...kerana Engkau yg berhak menyampaikannya...biar lah masa yang menentukannya....kerana aku yakin Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu.....

Terimakasih Ya Allah kerana mengaturkan pertemuan itu....kerana ianya membuat aku rasa bahagia...lengkap....merasai seperti ada nya 'orang sebelah' walaupun ikatan itu belum ada....terimakasih kerana membuat aku merasai dilindungi.....

Moga masih ada sinar itu....


Selasa, 15 April 2014








Kesibukan yang melanda menyebabkan lama tak menjenguk ke sini....ibarat diari yg terbiar usang.....

Saat ini....aku benar2 keliru...benar2 'sakit'....mengapa semua ni mesti terjadi

apa salah aku???

Pertemuan selepas 2011...itulah pertemuan sekian kalinya.....lama betul tak jumpa kan??? Dia pun dh bertunang dah kawen......tapi kenapa ya dia contact aku semula???

Nov 2013 dia menjelma kembali.....sejak dia melangsungkan perkahwinan. Kenapa aku tak contact dia?? sebb aku sedar siapa diri ku....aku sedar dia dah pun menjadi milik org.

Adakah dia ada masalah skrg?? tak berani nk cakap byk.

dalam pada tu aku mmg merancang nk berjalan ke Penang. Saja pelawa mak. tiket flight dah beli....tunggu masa

sampai masanya....aku pun tak jangka yg aku akan menghabiskan masa bersama nya selama itu. cuma aku fikirkan akan berjumpa dengan nya masa aku dan lain2 keluar minum. itu aje lah.......

semua nya diluar perancangan aku. Hari aku dan keluarga aku sampai dia yg menjemput.....bermula dari itu lah masa kami bersama.....menghabiskan masa bersama.......

Ya Allah adakah ini ujian buat ku?? Apakah aku bersalah kerana membiarkan perasaan itu wujud semula???

Mengapa???

Layanannya terhadap keluarga ku...terhadap anak2 ku.....apakah semua itu hanya sekadar berpura2???

Sikap cemburu yang ditonjolkan?? Kalau tidak ada rasa tu kenapa dia sibuk tanya siapa yang aku jumpa?? Mcm mana aku kenal?? Dimana aku kenal?? Bila aku berwhatsapp kenapa dia menjeling kat aku......cuba nk tgk apa yg aku msg kan??? apakah itu cemburu namanya???

Saat ini......setelah perpisahan itu.....distesen keretapi butterworth........

Aku terlalu 'sakit' menanggung rasa ini. Aku tak mau rasa ini wujud...aku tak nak!!!!

Adakah aku rindu saat aku bersama dia selama 2 hari ??
Adakah aku yang terlalu mengharap kan lelaki seperti dia??
Adakah aku yang terlalu 'perasan"?
Adakah aku yang terlalu mengikut kata hati??
Adakah aku yang terlalu mengikut perasaan??
Adakah???

Ya Allah apa salah aku?? Apa salah aku sehingga aku dihukum begini?? Kenapa aku tak diizinkan untuk memiliki insan sepertinya?? Teramat sakit rasanya.....Apa yang perlu aku lakukan?? Bagaimana untuk aku luahkan rasa ini agar dia faham apa yang aku rasa????

Terlalu payah rupanya untuk kita miliki apa yang kita inginkan.....

Masihkah ada harapan??

Mimpi.......

Adakah mimpi aku itu jawapannya??? 

Ya Allah redha kan aku dengan takdirMu....
Relakan hati aku untuk menerima kenyataan ini walau pun ianya teramat pedih untuk aku terima.....


Khamis, 13 Februari 2014

Hampir setahun atau sudah lebih setahun blog ini tidak kujenguk....adakah kerana kesibukan atau hati ku seakan merajuk dengan cerita2 yg pernah wujud?? Ya Allah....aku terlalu lemah.......aku tak kuat Rabb.....

bagaimana untuk aku terus mengubati hati ini. Kecewa...sedih.......putus asa...segalanya ku rasakan. kenapa kenapa kenapa??

Akukah insan terpilih itu??
Diduga......diuji


Ya Allah aku tau, aku dipilih kerana kekuatan tersembunyi yang aku miliki.....moga aku terus diberikan kekuatan yang aku sendiri tak nampak......


Mengharap pada satu pengharapan yang aku tak pasti......