Jumaat, 14 Oktober 2011

angkat kaki

Setelah difikirkan aku rasa baik aku berundur dulu....tak guna mengharap pada yang tak sudi......Aku terlewat.....takpe ada hikmah segala yang terjadi. Maaf lah kerana mengganggu aku tak tau. Kalau aku tau aku takkan mengharap......mungkin dia bukan untuk aku, bukan tercipta untuk aku......di pagi Jumaat yang indah ni.....aku tekad....ramai lagi yang menyanyangi aku diluar sana......mungkin ada yang lebih baik untuk aku....insyaAllah.....Allah lebih tau.....Selamat tinggal....kalau kita jumpa pun selepas ni aku akan seperti aku berjumpa kawan2 yang lain.....tabahkan hati aku....pesongkan hati aku dari nya......amin....

Jumaat, 7 Oktober 2011

kenapa???

Dua hari ni dia seakan menjauhkan diri dari aku. Kenapa ya.? aku tak kisah kalau dia sudah ada pilihan yang lain. Cuma yang aku harapkan agar dia berterus terang je. Aku akan terima apa saja apa yang akan dikatakan. Alasannya sibuk. Sibuk ke salah??? Takkan nk angkat phone payah. Ok terus terang ja la ngan aku yg dia tak nak aku ganggu dia. Aku bole trima. Aku faham. Faham teramat sgt. tapi jangan la buat macam ni. Aku sedar siapa diri aku. Aku teramat sedar kenapa dia menolak aku.
Kenangan 11011 aku takkan lupakan. Biar lah ia menjadi kenangan terindah buat aku. Walau sekejap aku dapat bersama dia. Terimakasih......Pemberian dia untuk ulangtahun aku. Aku terharu sebenarnya. Aku harap aku ada peluang lagi untuk berjumpa dia....Kenangan di Nasi Ayam Hainan....."Aik kenapa order air yang sama?? Kenapa bukan laici ke?..." aku takkan lupa ayat MS.....Dia yang sedar apa yg berlaku.....

Ya Allah sekiranya dia jodoh aku Kau satukanlah hati kami.....sekiranya dia bukan untukku Kau hindar kan lah rasa kecewa dihati ku ini......pertemuan pertama bersama nya akan aku kenang selama2nya.....aku mula menyayanginya......tapi aku sedar siapa diri aku.....aku tau dimana aku......RA....maaf kalau RA terbaca coretan ini. Maaf kerana terpikat dalam diam.....

Isnin, 3 Oktober 2011

tersalah ke??

Disaat ini aku mula rasa aku mula menyayanginya tapi aku tak pasti dan kenapa aku harus merasakan begitu. Ingin aku kabarkan padanya tapi aku takut aku dituduh perasan. Takut dikatakan orang yang tak sedar diri. Tapi hakikat nya aku tak dpat menghalang perasaan itu, Ingin aku buang rasa itu tapi aku tak berdaya. Aku tak mau aku dikatakan merampas hak org lain. Lagipun aku tak pasti. Kalau dia dah ada yang punya aku akan berusaha untuk membuang segala yang aku rasa. Aku paling tak suka bila dilanda keadaan begini. Oh please la.....aku tak nak jadi begini. Aku sedar siapa diri aku. Aku teramat sedar keadaan aku. Kalau dia bukan untuk aku, aku minta semoga aku dapat membuang dia dari hati aku. Kalau dia mmang untuk aku, aku mohon padaNya moga melorongkan kami kearah yang lebih baik. Hanya Dia yang lebih mengetahui....Ya Allah berikan aku petunjuk......amin.....