Selasa, 15 April 2014








Kesibukan yang melanda menyebabkan lama tak menjenguk ke sini....ibarat diari yg terbiar usang.....

Saat ini....aku benar2 keliru...benar2 'sakit'....mengapa semua ni mesti terjadi

apa salah aku???

Pertemuan selepas 2011...itulah pertemuan sekian kalinya.....lama betul tak jumpa kan??? Dia pun dh bertunang dah kawen......tapi kenapa ya dia contact aku semula???

Nov 2013 dia menjelma kembali.....sejak dia melangsungkan perkahwinan. Kenapa aku tak contact dia?? sebb aku sedar siapa diri ku....aku sedar dia dah pun menjadi milik org.

Adakah dia ada masalah skrg?? tak berani nk cakap byk.

dalam pada tu aku mmg merancang nk berjalan ke Penang. Saja pelawa mak. tiket flight dah beli....tunggu masa

sampai masanya....aku pun tak jangka yg aku akan menghabiskan masa bersama nya selama itu. cuma aku fikirkan akan berjumpa dengan nya masa aku dan lain2 keluar minum. itu aje lah.......

semua nya diluar perancangan aku. Hari aku dan keluarga aku sampai dia yg menjemput.....bermula dari itu lah masa kami bersama.....menghabiskan masa bersama.......

Ya Allah adakah ini ujian buat ku?? Apakah aku bersalah kerana membiarkan perasaan itu wujud semula???

Mengapa???

Layanannya terhadap keluarga ku...terhadap anak2 ku.....apakah semua itu hanya sekadar berpura2???

Sikap cemburu yang ditonjolkan?? Kalau tidak ada rasa tu kenapa dia sibuk tanya siapa yang aku jumpa?? Mcm mana aku kenal?? Dimana aku kenal?? Bila aku berwhatsapp kenapa dia menjeling kat aku......cuba nk tgk apa yg aku msg kan??? apakah itu cemburu namanya???

Saat ini......setelah perpisahan itu.....distesen keretapi butterworth........

Aku terlalu 'sakit' menanggung rasa ini. Aku tak mau rasa ini wujud...aku tak nak!!!!

Adakah aku rindu saat aku bersama dia selama 2 hari ??
Adakah aku yang terlalu mengharap kan lelaki seperti dia??
Adakah aku yang terlalu 'perasan"?
Adakah aku yang terlalu mengikut kata hati??
Adakah aku yang terlalu mengikut perasaan??
Adakah???

Ya Allah apa salah aku?? Apa salah aku sehingga aku dihukum begini?? Kenapa aku tak diizinkan untuk memiliki insan sepertinya?? Teramat sakit rasanya.....Apa yang perlu aku lakukan?? Bagaimana untuk aku luahkan rasa ini agar dia faham apa yang aku rasa????

Terlalu payah rupanya untuk kita miliki apa yang kita inginkan.....

Masihkah ada harapan??

Mimpi.......

Adakah mimpi aku itu jawapannya??? 

Ya Allah redha kan aku dengan takdirMu....
Relakan hati aku untuk menerima kenyataan ini walau pun ianya teramat pedih untuk aku terima.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan