Rabu, 21 Mac 2012

Kerana janji itu pasti......

Tidak pernah terlintas kala hati ini bersama-sama dengan mu
Hingga satu masa telah kita bertemu 
Merasakan bahawa jodoh itu telah ada pada kita
Kerana jodoh itu punya rahsia tersendiri
Hinggalah akad telah sah dan kita menjadi halal


Aku tak pernah memilihmu untukku
Tersurat satu takdir antara kita
Ada cahaya menyuluh kegelapan 
Didalam arah perjalanan kehidupan kita
Kita yang masih lagi tercari-cari arah tuju
Semoga apa yang kita lakukan sekarang berbuah manis nantinya
Semoga apa yang kita kerjakn
Akan  menjadi catatan manis untuk kita berdua
Hingga satu masa nnti 
Kita kn bahagia hingga akhir usia


Aku tidak pernah mengharapkan cintamu
Tapi Allah telah menunduk hatiku untuk menerima dirimu seadanya
Memberi rasa dan tanggungjawab seorg yang punyai kekuatan
Didalam kita masih lagi tergapai2
Mencari apa erti bahagia


Aku tidak pernah bermimpi
Untuk mendampingimu
Tapi Allah telah menunjukkn jalan
Hidupku untuk mendampingi mu
Memiliki satu sandaran hati
Agar dapat menyelami dan menghargai nilai erti kesetiaan


Aku juga tidak pernah 
Mengharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu
Tapi Allah yang telah memberi rasa ini
Dan harus kutanggung keatas mu
Dan kerana kamu adalah kesayangan ku


Itulah aku adanya
Tidak pernah kurasakan utnuk mengatur hatiku sendiri
Kerana sang Pemilikku yang telah mengaturku
Dan menentukan bagaimana ku berbuat


Aku ingin bersamamu
Aku ingin suka duka bersama mu selalu
Kerana ku sedari semakin kuat erti cinta
Mula bersemi
Walau amat jarang kukatakn dialam realiti


Setelah kita bersatu dan bersama 
Kerana ada hidup dialam realiti
Sejarah lalu biarlah menjadi memori lalu
Kenangan lalu biarlah berlalu
Pergi tanpa ada tolehan lagi


Haruslah kamu tahui kamu bukanlah yang pertama buatku
Tapi tahukah kamu telah ku berjanji kuat dlm dakapan dada ini
Kamulah insan terakhir buatku....InsyaAllah


Kerana janji itu pasti kita sama-sama menjaganya
Hingga sampai satu masa berpisah kita cumalah mati......

R.I.N.D.U

Gamitan rindu semalam yang berpanjangan
Menjadi usikan siang di kala terang
Dan menjadi igauan malam kala seorang
Tersenyum didakap memori penuh keindahan
Terkenang dirimu nun di kejauhan
Semoga tenang bahagia dalam Lindungan
Serta Teduhan kasih sayang dan rahmat Tuhan
Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang.



Disaat ini hanya kerinduan yang bersarang dihati....sungguh aku rindukn dia. Mengapa sukarnya untuk aku meyakinkn mu. Percaya lah Ahmad Faisal Anwar.....bahawa rindu ini mengheret aku ke dalam lautan sepi. Dari kejauhan ini apa yang mampu aku lakukan...hanya berdoa moga engkau tenang disana....tabah menghadapi segala dugaan drNya. Yakin dan percaya bahawa suatu hari nnti semua nya akan kembali pulih....sabar dan redha dengan segala apa yang telah engkau hadapi...Allah sengaja ingin mendugamu....menguji sejauh mana kekuatanmu untuk melalui segala ujian dan dugaan ini. Yakin lah bahawa aku sentiasa disisi mu....menemani mu....mendengar segala keluh resah mu.....merasai kesusahan mu. 


Ahmad Faisal Anwar....kita telah ditemukan olehNya...disaat engkau melalui dugaanNya. Mengapa?? Kerana Dia memilih aku untuk memberi kekuatan kepada mu. kerana hanya Dia yang tahu siapa aku, hanya Dia yang tahu isi hati ku.....hanya Dia yang tahu SIAPA aku...!!


Aku akan sentiasa disisi mu.....tanpa jemu aku akan terus memberi dan menemani mu....percayalah...kasih yang dianugerahkn olehNya takkan aku persiakan.....kerana janji itu pasti....



Isnin, 12 Mac 2012

.....

Lama rasa aku tak mencoretkan sesuatu di laman ini. Sibuk sangat ke aku?? Hari ni aku kembali kelaman ini demi rasa hati yang sungguh menyesakn perasaan ku. Mengapa? aku sendiri inginkn jawapan nya.


Abang....mengapa terlalu sukar untuk kau mmpercayai aku?? Mengapa keraguan masih bertandang dihati mu?? Bagaimana untuk aku buktikan lagi?? Aku bukan lah insan sempurna , aku cuma insan biasa yang punya banyak kelemahan.. Bagaimana untuk aku yakin kan hati mu?? Beritahulah cara bagaimana untuk aku yakinkn hatimu bahawa hanya engkau yang telah bertakhta dihati ini.


Abang...tahukah engkau disaat ini aku teramat lemah. Rasa tiada semangat untuk aku lakukan sebarang kerja. Apa kesalahan ku yang membuatkan engkau terus berdiam hingga kesaat ini?? Dimana untuk aku mencari mu??
Hanya padaNya aku meminta semoga Dia melindungi mu dan semoga Dia memberi jawapan pada keraguan mu itu.


Jika engkau membaca coretanku ini....ketahui lah abang..tiada sekelumit pun dihati ini untuk aku berpaling pada yang lain....atas keyakinan dan apa yang telah dianugerahkan olehNya pada kita berdua...aku teramat bersyukur kerana kita ditemukan.


Aku 'kalah' dalam melahirkan kata2...aku 'tewas' untuk aku melahirkn segala rasa hati ku ini. Kerana aku bukan lah sasterawan....aku bukanlah seorg yang pandai untuk menyusun kata2....aku punya byk kelemahan dan kekurangan. Siapa lah aku untuk dikasihi,,,,siapalah aku untuk disayangi. Aku tak punya apa2....jauh sekali harta dan wang ringit. Aku hanya memilik sekeping hati......aku hanya insan biasa......

Khamis, 1 Mac 2012

Terdiam

Terdiam saat ini tanpa bicara.....tiada luahan kata-kata.....aku terdiam tanpa suara....kosong...!!!

Disaat ini....

Disaat ini.....aku ingin merasa kebahagiaan itu...tapi kenapa tiba2 ia direntap sebegitu ?? Luluhnya hati aku. Ya Allah dugaan apa yang harus aku terima??  Beri lah peluang pada hambaMu ini untuk merasai kebahagiaan itu. Bersama insan yang aku cintai. Aku takut aku tak mampu untuk melalui kedukaan itu sekali lagi. Aku teramat lemah Ya Allah....Jangan kau pisah kan aku dgn dia Ya Allah.....dia beri aku sinar...dia beri aku mentari. Sesungguh nya ini lah sebenarnya cinta sejati yang pernah aku rasa. Sungguh aku tak pernah merasakannya. Walau ramai yang hadir dalam hidupku namun dia tidak seperti yang lain. Abang...percaya kah abang kalau sayang katakan abang lah sebenarnya cinta sayang yang sejati. Abanglah yang sebenarnya memberi sayang merasai keindahan perasaan ini. Aku bersyukur Ya Allah kerana ditemukan dgn dia. Syukur kehadrat Mu illahi. Berikan peluang untuk aku dan dia merasai detik bahagia itu ya Allah.


Disaat ini....aku ingin kan dia disisi aku...tapi ...apa lah daya aku. Aku ingin bersandar dibahunya untuk aku luahkn rasa hatiku ini. Abang.....sayang benar2 berharap agar abang disisi sayang disaat ini. Tapi ...apa lah daya diri ini.....Adakah semua itu hanya mimpi?? Mimpi yang tak pasti entah bila akan menjadi kenyataan??


Disaat ini......aku ingin dia berada didepanku. Ingin aku menatap wajahnya. Ingin aku luahkan rasa hati ini. Abang....


Disaat ini..................................


*apa lagi kata2 yang aku boleh aku luahkan???