Isnin, 12 Mac 2012

.....

Lama rasa aku tak mencoretkan sesuatu di laman ini. Sibuk sangat ke aku?? Hari ni aku kembali kelaman ini demi rasa hati yang sungguh menyesakn perasaan ku. Mengapa? aku sendiri inginkn jawapan nya.


Abang....mengapa terlalu sukar untuk kau mmpercayai aku?? Mengapa keraguan masih bertandang dihati mu?? Bagaimana untuk aku buktikan lagi?? Aku bukan lah insan sempurna , aku cuma insan biasa yang punya banyak kelemahan.. Bagaimana untuk aku yakin kan hati mu?? Beritahulah cara bagaimana untuk aku yakinkn hatimu bahawa hanya engkau yang telah bertakhta dihati ini.


Abang...tahukah engkau disaat ini aku teramat lemah. Rasa tiada semangat untuk aku lakukan sebarang kerja. Apa kesalahan ku yang membuatkan engkau terus berdiam hingga kesaat ini?? Dimana untuk aku mencari mu??
Hanya padaNya aku meminta semoga Dia melindungi mu dan semoga Dia memberi jawapan pada keraguan mu itu.


Jika engkau membaca coretanku ini....ketahui lah abang..tiada sekelumit pun dihati ini untuk aku berpaling pada yang lain....atas keyakinan dan apa yang telah dianugerahkan olehNya pada kita berdua...aku teramat bersyukur kerana kita ditemukan.


Aku 'kalah' dalam melahirkan kata2...aku 'tewas' untuk aku melahirkn segala rasa hati ku ini. Kerana aku bukan lah sasterawan....aku bukanlah seorg yang pandai untuk menyusun kata2....aku punya byk kelemahan dan kekurangan. Siapa lah aku untuk dikasihi,,,,siapalah aku untuk disayangi. Aku tak punya apa2....jauh sekali harta dan wang ringit. Aku hanya memilik sekeping hati......aku hanya insan biasa......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan