Rabu, 21 Mac 2012

Kerana janji itu pasti......

Tidak pernah terlintas kala hati ini bersama-sama dengan mu
Hingga satu masa telah kita bertemu 
Merasakan bahawa jodoh itu telah ada pada kita
Kerana jodoh itu punya rahsia tersendiri
Hinggalah akad telah sah dan kita menjadi halal


Aku tak pernah memilihmu untukku
Tersurat satu takdir antara kita
Ada cahaya menyuluh kegelapan 
Didalam arah perjalanan kehidupan kita
Kita yang masih lagi tercari-cari arah tuju
Semoga apa yang kita lakukan sekarang berbuah manis nantinya
Semoga apa yang kita kerjakn
Akan  menjadi catatan manis untuk kita berdua
Hingga satu masa nnti 
Kita kn bahagia hingga akhir usia


Aku tidak pernah mengharapkan cintamu
Tapi Allah telah menunduk hatiku untuk menerima dirimu seadanya
Memberi rasa dan tanggungjawab seorg yang punyai kekuatan
Didalam kita masih lagi tergapai2
Mencari apa erti bahagia


Aku tidak pernah bermimpi
Untuk mendampingimu
Tapi Allah telah menunjukkn jalan
Hidupku untuk mendampingi mu
Memiliki satu sandaran hati
Agar dapat menyelami dan menghargai nilai erti kesetiaan


Aku juga tidak pernah 
Mengharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu
Tapi Allah yang telah memberi rasa ini
Dan harus kutanggung keatas mu
Dan kerana kamu adalah kesayangan ku


Itulah aku adanya
Tidak pernah kurasakan utnuk mengatur hatiku sendiri
Kerana sang Pemilikku yang telah mengaturku
Dan menentukan bagaimana ku berbuat


Aku ingin bersamamu
Aku ingin suka duka bersama mu selalu
Kerana ku sedari semakin kuat erti cinta
Mula bersemi
Walau amat jarang kukatakn dialam realiti


Setelah kita bersatu dan bersama 
Kerana ada hidup dialam realiti
Sejarah lalu biarlah menjadi memori lalu
Kenangan lalu biarlah berlalu
Pergi tanpa ada tolehan lagi


Haruslah kamu tahui kamu bukanlah yang pertama buatku
Tapi tahukah kamu telah ku berjanji kuat dlm dakapan dada ini
Kamulah insan terakhir buatku....InsyaAllah


Kerana janji itu pasti kita sama-sama menjaganya
Hingga sampai satu masa berpisah kita cumalah mati......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan