Rabu, 21 Mac 2012

R.I.N.D.U

Gamitan rindu semalam yang berpanjangan
Menjadi usikan siang di kala terang
Dan menjadi igauan malam kala seorang
Tersenyum didakap memori penuh keindahan
Terkenang dirimu nun di kejauhan
Semoga tenang bahagia dalam Lindungan
Serta Teduhan kasih sayang dan rahmat Tuhan
Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang.



Disaat ini hanya kerinduan yang bersarang dihati....sungguh aku rindukn dia. Mengapa sukarnya untuk aku meyakinkn mu. Percaya lah Ahmad Faisal Anwar.....bahawa rindu ini mengheret aku ke dalam lautan sepi. Dari kejauhan ini apa yang mampu aku lakukan...hanya berdoa moga engkau tenang disana....tabah menghadapi segala dugaan drNya. Yakin dan percaya bahawa suatu hari nnti semua nya akan kembali pulih....sabar dan redha dengan segala apa yang telah engkau hadapi...Allah sengaja ingin mendugamu....menguji sejauh mana kekuatanmu untuk melalui segala ujian dan dugaan ini. Yakin lah bahawa aku sentiasa disisi mu....menemani mu....mendengar segala keluh resah mu.....merasai kesusahan mu. 


Ahmad Faisal Anwar....kita telah ditemukan olehNya...disaat engkau melalui dugaanNya. Mengapa?? Kerana Dia memilih aku untuk memberi kekuatan kepada mu. kerana hanya Dia yang tahu siapa aku, hanya Dia yang tahu isi hati ku.....hanya Dia yang tahu SIAPA aku...!!


Aku akan sentiasa disisi mu.....tanpa jemu aku akan terus memberi dan menemani mu....percayalah...kasih yang dianugerahkn olehNya takkan aku persiakan.....kerana janji itu pasti....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan